Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib akan rasmi 'Yo! Pekan'
Diterbitkan:  Apr 13, 2012 7:59 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan hari kemuncak Karnival Youth Of Pekan 2012 (YO! PEKAN' 12) anjuran Majlis Belia Daerah Pekan pada 12 Mei ini sempena sambutan Hari Belia bulan depan.

Pengerusinya, Mohammad Shahid Ismail berkata, karnival itu adalah cetusan idea perdana menteri bagi mengaktifkan dan mengeratkan hubungan sesama belia khususnya golongan belia di Parlimen Pekan.

NONE "Kita menjangka seramai 10,000 golongan belia akan hadir pada karnival tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 Mei ini di Dataran Pekan.

"Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung, termasuk 10,000 kemeja T percuma untuk penyertaan awal dan penyertaan untuk setiap aktiviti adalah percuma," katanya dalam sidang akhbar mengenai karnival itu di sini, Jumaat.

Mohamad Shahid berkata, pengunjung karnival boleh menyertai mana-mana daripada empat aktiviti utama yang akan dijalankan sempena karnival itu iaitu Belia Sukan, usahawan, bakat seni dan kreatif.

"Untuk belia sukan, kita menyediakan pertandingan futsal, bola jaring dan tarik tali. Bagi mereka yang berbakat dalam seni suara pula boleh menyertai pertandingan nyanyian Superstar Pekan, manakala yang berminat dengan aktiviti luar kita menyediakan aktiviti Pekan Explorace.

"Pada karnival ini kita menyediakan pelbagai hadiah yang kesemuanya bernilai RM80,000 termasuk sebuah kereta Proton Savvy, untuk hadiah utama bagi cabutan bertuah," katanya.

Katanya, karnival yang julung kali diadakan di Pekan ini mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta termasuk Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Sebarang pertanyaan mengenai karnival boleh menghubungi beliau di talian 09-4426445 atau melayari Facebook Karnival Youth of Pekan 2012.

"Belia berasal dari Pekan, Pahang di seluruh negara yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah sangat digalakkan menyertai karnival ini," katanya.

- Bernama

ADS