Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menafikan dakwaan pangkalan data parti itu digodam atau berlakunya sebarang kecurian maklumat.
"Data kami selamat," katanya ketka dihubungi
Malaysiakini
.
Tengku Adnan mengulas dakwaan di blog yang mendakwa beliau sudah berhubung dengan penggodam yang dikatakan menggodam pangkalan data parti itu dan mencuri datanya.
Blog itu (hackerkini.blogspot.com) dalam artikelnya pada Jumaat menambah, penggodamnya sudah menghantar beberapa tangkap layar ( screenshot ) bagi mengukuhkan dakwaannya.
Tangkap layar itu antaranya memaparkan nombor keahlian Umno dan nombor kad pengenalan baru dan lama beberapa pemimpin Umno, termasuk presidennya Datuk Seri Najib Razak.
