Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pinda enakmen, Tunku Monsor buat laporan polis
Diterbitkan:  Apr 22, 2012 6:46 PM
Dikemaskini: Apr 26, 2012 12:39 AM

Tunku Mansor Tunku Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung langkah Dewan Undangan Negeri Kedah yang meminda satu enakmen untuk memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.

"Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar pada 9.30 pagi ini.

Tunku Monsor adalah anak kepada Tunku Kassim yang menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat

Dewan Undangan Negeri baru-baru ini meminda Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 untuk memberikan kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa berhubung agama dan orang Islam di negeri ini.

Berikutan pindaan itu, semua keputusan yang dibuat mufti dan jawatankuasa fatwa tidak perlu diwartakan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan.

"Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan baru," katanya.

Katanya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberi masa kepada mereka untuk memfailkan semula permohonan itu dan jawatankuasa juga telah melantik peguam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS