Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar Fuad Ahmad Ismail hari ini berkata BERSIH tidak boleh mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana ia mengandungi unsur-unsur politik atau membantah.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, beliau berkata, ia selaras dengan dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak aktiviti seumpama itu, seperti memberi ceramah, mempunyai unsur-unsur politik atau membantah, diadakan di Dataran Merdeka.
Minggu lepas, DBKL menolak permintaan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka atas alasan ia bukan satu acara nasional.
Bagaimanapun, BERSIH mempersoalkan mengapa sebuah syarikat swasta, Nestle dibenar mengadakan sambutan aniversarinya pada 19 Mac walaupun ia bukan satu acara nasional.
