Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam, Suaram sediakan pasukan peguam
Diterbitkan:  Apr 27, 2012 11:07 AM
Dikemaskini: 8:07 AM

Majlis Peguam akan menyediakan pasukan peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur sebagai menyokong BERSIH 3.0 yang dirancang diadakan esok.

lawyers at brickfields police station 220509 lim chee wee "(Pasukan itu) akan memberi bantuan guaman sekiranya berlaku tangkapan," demikian menurut kenyataan Presidennya,  Lim Chee Wee semalam.

Ini sebagai tambahan kepada pasukan pemerhati Majlis Peguam yang akan dihantar untuk memantau di tempat perhimpunan itu dicadangkan diadakan di Dataran Mereka.

Majlis yang mewakili 13,000 pengamal undang-undang Malaysia, juga menggesa kerajaan, khususnya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "supaya bekerjasama dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 untuk memudahkan satu perhimpunan aman".

Ia menggesa pihak polis untuk membenarkan semua perjalanan dan perhimpunan awam sertai aktiviti-aktiviti yang membawa kepada perhimpunan itu berjalan secara aman dengan gangguan yang minimum, di samping memastikan ketenteraman awam dan melindungi keselamatan semua peserta.

Sementara itu, badan hak asasi manusia, Suaram juga mengambil langkah yang sama, dengan menempatkan pasukan peguam di beberapa lokasi di mana peserta dijangka berkumpul sebelum dan semasa protes duduk esok.

Anggota pasukan itu akan membantu mereka yang ditahan polis.

[Baca berita penuh]

ADS