Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 perlu bertanggungjawab ke atas kecederaan dan kerosakan harta yang berlaku semalam.
Laporan The Star Online menyebut, Muhyiddin menyalahkan penganjur berkenaan kerana menolak tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di stadium.
Oleh itu penganjur berkenaan perlu bertanggungjawab, katanya dalam satu sidang media hari ini.
