Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasib Azmin 'ulangan fitnah', kata PKR
Diterbitkan:  May 3, 2012 6:04 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

PKR Selangor menyifatkan dakwaan berhubung wujud rakaman 'adegan panas' melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai "ulangan fitnah jahat" selepas dakwaan hampir sama terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, mereka juga mendakwa ia "percubaan terdesak" Umno dan BN untuk mengalih perhatian dari dakwaan krisis hilang kepercayaan rakyat yang semakin ketara sejak himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

NONE "Kami PKR Selangor dengan ini akan istiqamah malah bertambah yakin untuk terus menyokong penuh kepimpinan YB Azmin Ali sebagai penerus agenda perubahan ke Putrajaya.

"Inilah satu titik tolak penting kepada seluruh akar umbi PKR Selangor untuk terus bersatu di bawah kepimpinan YB Azmin Ali dalam mengharung bahana celaka fitnah jahat yang dibawa oleh tukang fitnah upahan Umno-BN," menurut kenyataan bersama PKR negeri.

Dalam kenyataan hari ini, mereka juga menganggap dakwaan tersebut merupakan "peluru terakhir" Umno-BN kepada kepimpinan tertinggi PKR sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan seterusnya kepada pilihan raya umum ke-13.

PKR negeri itu juga mengingatkan bahawa "tak perlu tukang fitnah" membuat ugutan untuk menyebarkan lagi kononnya ada gambar atau klip lain yang lebih 'panas' kerana rakyat sudah mual dan benci dengan perkara tersebut.

ADS