Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan saham FGVH melalui MITI ditutup esok
Diterbitkan:  May 3, 2012 9:41 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Warga Felda, khususnya anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

    

Permohonan boleh dilakukan melalui peruntukan saham kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), khas untuk terbitan saham Bumiputera.

    

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup esok.

    

Namun, katanya anggota masih berpeluang memohon saham FGVH dengan melayari laman web kementerian iaitu http://saham.miti.gov.my untuk memperoleh maklumat

berkaitan saham tersebut.

"Peluang ini harus direbut oleh warga Felda sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia nanti," kata Rozali.

    

Menurutnya Gabungan itu tidak mendapat peruntukan saham istimewa daripada FGVH.

    

Oleh itu, katanya warga Felda, khususnya anggota GWGF, boleh terus berhubung dengan MITI, Felda dan FGVH, bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan saham yang ditawarkan.

- Bernama

ADS