Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sepuluh ADUN Umno Pulau Pinang bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa jika parti itu kembali berkuasa, kuil Hindu akan dirobohkan.

NONE Lim merujuk kepada perobohan sebuah kuil yang berusia 50 tahun di

Prai oleh Penang Port Sdn Bhd baru-baru ini, dan keengganan pengerusinya, Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) untuk meminta maaf berhubung perkara itu.

ADUN Umno telah menuntut Lim menarik balik kenyataan itu, dengan berkata beliau menggalakkan pandangan yang boleh menimbulkan masalah antara pelbagai kaum.

NONE Tetapi Lim sebenarnya berkata kuil itu "akan terancam" jika Umno kembali berkuasa.

Lim berkata apa yang beliau maksudkan ialah kuil itu "mungkin" dirobohkan, tetapi tidak menarik balik komennya.

Semasa sidang akhbar di luar Dewan, Hilmi (kanan) berkata ADUN Umno tidak berpuas hati, kecewa dan marah dengan sikap Lim itu.

Katanya, beliau sudah beritahu akan selesaikan perkara ini dalam tempoh terdekat. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Lim telah mengeluarkan kenyataan: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam" ketika mencelah perbahasan oleh seorang penyokong kerajaan Tanasekharan Audherapady (DAP-Bagan Dalam).

Terdahulu, Tanasekharan sedang menyampaikan ucapan perbahasan usul ucapan terima kasih sempena perasmian Dewan Undangan Negeri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas bagi Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 hari ini.

   

Dalam ucapannya beliau mendakwa kaum minoriti sering dipinggirkan semasa BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan.

   

NONE Lim kemudiannya mencelah dan membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman itu yang menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) membantah dan meminta Lim menarik balik serta meminta maaf kerana kenyataan itu berniat jahat.

   

Azhar (kiri) menggesa Lim menarik balik kenyataannya kerana ia menyalahi Peraturan 46.17 (C) yang berbunyi: "Perkataan-perkataan yang harus atau akan menimbulkan iat jahat dan perasaan bermusuh-musuh di antara kaum-kaum yang berasingan di Negara Persekutuan."

   

Lim berdegil dan enggan menarik balik kenyataannya yang menyebabkan Azhar mengajak semua kesepuluh Adun BN keluar meninggalkan DUN sebagi membantah kenyataan ketua menteri itu.

BN mempunyai 11 wakil rakyat di DUN dan seorang anggotanya Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) tidak hadir ke dewan pagi tadi.

Azhar kemudiannya memberitahu pemberita, semua wakil rakyat BN kesal dengan sikap ketua menteri yang enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.

   

Katanya kenyataan Lim disifatkan sebagai berniat menghasut kaum India dan ia sangat berbahaya.

"Jadi menuduh kalau Umno memerintah Pulau Pinang, akan robohkan kuil Hindu adalah statement yang tidak bertanggungjawab daripada seorang yang memegang portfolio sebagai ketua menteri. Cakapan ini bukankah untuk menghasut orang supaya mewujudkan permusuhan dan boleh jadi perbalahan," katanya.

   

"Dia (Lim) tak layak menjadi ketua menteri. Kita boleh berpolitik, berhujah dari segi politik tapi jangan sekali-kali menimbulkan perbalahan kaum," katanya.

    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS