Polis memberi tempoh seminggu kepada 141 individu yang dikehendaki berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 untuk tampil membantu siasatan.
"Kami beri mereka peluang terakhir. Jika mereka tidak tampil ke hadapan, kami akan pergi ke rumah mereka untuk menangkap mereka," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.
Sejak 3 Mei lalu, polis telah menyiarkan secara berperingkat gambar individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Gambar kumpulan terbaru melibat 25 individu, dikeluarkan hari ini.
"Kami mahu mereka tampil ke hadapan dan membantu penyiasatan polis," kata Mohd Bakri.
