Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM tak tanggungjawab isu air, kata MB
Diterbitkan:  May 11, 2012 7:41 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan titah Sultan Selangor supaya isu itu tidak dipolitikkan.

NONE "Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa.

"Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah kerajaan Pusat berdolak dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air.

"Jika perdana menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib hari ini.

Najib hari ini dilaporkan berkata, Selangor mengalami masalah genting disebabkan kadar rizab airnya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya dan dikhuatiri berpanjangan sekiranya negeri enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Najib berkata, keadaan itu menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS