PAS ajak Karpal rai perbezaan pendapat

PAS hari ini menjemput pengerusi DAP Karpal Singh supaya meraikan perbezaan pendapat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan bukannya terus mempersoalkan agenda Islam parti tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika ditanya hari ini berhubung tuntutan Karpal untuk menyelesaikan isu tersebut.

Isu berkenaan juga tidak lagi timbul, kata Hadi yang menambah, Pakatan perlu menumpukan tujuan yang dikongsi bersama.

Pakatan perlu memfokuskan kepada isu yang dipersetujui bersama dalam membasmi kemiskinan, keadilan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan melindungi hak orang lain, dan sistem raja berperlembagaan, katanya.

Katanya, perbezaan pendapat memang wujud antara pemimpin berkenaan tetapi perkara itu diraikan antara mereka, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

[Baca berita penuh]

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.