Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mogok lapar demi kebebasan
Diterbitkan:  May 17, 2012 11:12 AM
Dikemaskini: 5:42 AM

Anak lelakinya Mohamad Fadzullah Abdul Razak antara tahanan yang melancarkan mogol lapar bagi menuntut kebebasan daripada penjara Kamunting ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbaju kurung motif bunga-bunga dan bertudung putih bersih, Hadijah CP Veeravu, 51, kelihatan tenang berbicara tentang keadaan anaknya.

NONE Tetapi selepas ditanya berhubung mogok itu, suaranya bergetar.

Namun, dengan keyakinan teguh, ibu kecil itu berkata, beliau tidak akan sesekali menasihatkan Fadzullah, 30, menamatkan mogok kerana mereka menaruh harapan yang tinggi untuk kebebasan.

Surat-surat Fadzullah, yang ditulis seminggu sekali sebelum terhenti baru-baru ini, berbaur antara keceriaan dan kepiluan.

Sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA, Fadzullah menulis:

"Sekarang ini banyak betul gosip. Masing-masing dok meneka bila bebas. Umum nak mansuh, tapi tak mansuh lagi. Sabar je la. Ada rezeki tak ke mana. Insya-Allah." [Baca berita penuh]

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melalui kumpulan

aduan, inkuiri dan pemantauannya memaklumkan akan melawat kem itu di Taiping pagi esok ekoran mogok lapar itu.

Menurut kenyatannya, delegasi mereka diketuai Pesuruhjaya James Nayagam yang akan mengadakan perbincangan bersama pegawai kem dan berjumpa tahanan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

ADS