Kajian dua hari oleh NGO pemantau kebebasan media itu mempertimbangkan jumlah laporan - termasuk laman editorial dan ulasan - daripada Malaysiakini, theSun, The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia, dua hari selepas perhimpunan 28 April.
Laporan itu kemudian dikategorikan berdasarkan sama ada wartawan diserang disebut, peserta yang diserang polis, wartawan yang diserang peserta atau polis yang diserang peserta.Laporan yang menyebut individu tercedera tanpa menyebut pelakunya dikecualikan.
Didapati Malaysiakini menyebut laporan serangan terhadap wartawan dan peserta oleh polis sebanyak 17 kali, serangan terhadap polis 12 kali dan terhadap juruvideo TV al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh oleh peserta sebanyak lapan kali.
[Baca berita penuh]