Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mendakwa, peserta BERSIH kurang serius bekerjasama dengan polis berhubung dakwaan keganasan yang dibuat.
Beliau merujuk kepada laporan Mohd Safuan Mamat pada Selasa yang mendakwa polis memukulnya untuk mendapatkan pengakuan selepas beliau menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ku mempertikaikan tindakan lelaki itu yang mendakwa dan membuat laporan polis tetapi didakwa enggan memberikan kerjasama lanjut.
"Jika kamu buat laporan, tetapi enggan beri kenyataan, apakah niat kamu?" kata Ku ketika ditanya pemberita dalam sidang media di balai polis Travers dekat ibu negara semalam.
[Baca berita penuh]
