Jurucakap USM Students Progressive Front, Yong Kin Yin (foto) berkata kumpulan pelajar itu mensasarkan 500 tandatangan sebagai sokongan kepada Tan, yang didakwa atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret Pulau Pinang pada 7 Mei lalu.
Tandatangan itu akan dihantar bersama memorandum yang akan dihantar pada Isnin depan kepada Naib Canselor Prof Datuk Omar Osman.Yong dalam satu sidang media berkata, memorandum itu juga bagi menggesa USM supaya tidak lagi mengganggu aktivis siswa.
"Tindakan seperti itu jelas bermotif politik. Kami juga menggesa Peguam Negara supaya menggugurkan dakwaan," katannya.
Tambahnya, tuduhan menceroboh dengan niat jenayah itu "tidak masuk akal" kerana kumpulan siswa berkenaan menjemput Tan ke kampus itu untuk memasang poster.
Oleh itu, soal "tidak meminta kebenaran" tidak timbul," katanya.
[Baca berita penuh]