Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan 22 Jun bagi menyampaikan keputusan atau mendapatkan penjelasan lanjut terhadap permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd mendapatkan permit penerbitan.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan berhubung perkara itu daripada hakim persekutuan Norhisham Ismail yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan dan K Shanmuga serta Edmund Bon bagi pihak pemohon.
Mkini - pemilik laman berita Malaysiakini - sebelum ini memfailkan suatu semakan kehakiman dibuat.
Mkini Dotcom berkata pihaknya melalui pengarahnya C Premesh telah memohon untuk satu permit penerbitan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta 301 bagi penerbitan suratkhabar harian baru bertajuk "Malaysiakini".
Syarikat itu berkata suratkhabar itu yang akan diedarkan di Lembah Klang dengan penerbitan harian sebanyak 40,000 naskah, dengan harga RM1 senaskah hanya melaporkan berita mengenai isu semasa, termasuk isu-isu politik, secara bebas dan tidak berpihak.
