Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyampai Radio Free Sarawak dibawa tiga lelaki
Diterbitkan:  May 31, 2012 11:44 AM
Dikemaskini: 10:24 PM

Penyampai Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini dibawa pergi oleh tiga lelaki yang tidak dikenali di Miri, sejurus selepas dia mendarat di bandar utara Sarawak itu.

NONE Bagaimanapun, peguamnya Alan Ling berkata polis Miri menafikan

telah menahan penyampai stesen radio tersebut yang berpangkalan di London yang begitu kritikal terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ling, yang juga ADUN DAP Piasau, memberitahu Malaysiakini bahawa tiga lelaki telah membawa Jaban (kiri) dalam sebuah kereta Proton.

Jaban bersama dengan pengerusi PKR Miri, Dr Michael Teo, dalam perjalanan ke klinik Teo di pusat bandar itu selepas tiba di lapangan terbang Miri pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Tiga lelaki dalam kereta Proton memberhentikan Teo dan Jaban ketika mereka dalam perjalanan ke bandar.

"Saya difahamkan tiada paksaan digunakan... mereka membisikkan sesuatu kepada Jaban dan dia pergi mengikut mereka.

"Kami masih tidak tahu siapakah lelaki-lelaki berkenaan atau di mana Jaban berada," kata Ling.

Katanya, Jaban tidak menghubungi sesiapa sejak itu, termasuk Radio Free Sarawak , untuk memaklumkan di mana dia berada.

Ling dan Teo menunggu untuk Jaban di lapangan terbang itu pada sekitar jam 10 pagi, selepas mereka menerima maklumat dari ADUN Batu Lintang See Chee How bahawa penyampai Radio Free Sarawak itu dikatakan akan ditangkap di sana.

"Saya diberitahu Jaban ditahan di Kota Kinabalu dan dihantar ke Miri untuk ditangkap. Saya bercakap dengan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Miri, ASP Ooi Jin Bing, yang memberitahu saya bahawa tidak ada arahan untuk menahan Jaban.

"Jadi saya memberitahu Ooi yang kami akan mengambil Jaban dari lapangan terbang, dan memberi jaminan kami akan mengiringinya ke balai polis pusat bersama peguam, jika pihak polis mahukan dia," katanya.

Menurutnya, Ooi juga terkejut apabila diberitahu mengenai apa yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang dan menegaskan bahawa tiga lelaki itu bukan anggota polis.

Katanya, Ooi berkata beliau juga telah menyemak dengan pihak Cawangan Khas yang mengesahkan bahawa tidak ada arahan untuk menangkap Jaban, termasuk dari pihak mereka.

Anak Jaban pun tak tahu

NONE Anak Jaban - Valentino Ngabong Peter - sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa bapanya telah ditahan oleh pihak berkuasa imigresen di lapangan terbang Kota Kinabalu pada pukul 9.30 pagi.

Dihubungi kemudiannya, Valentino berkata, bapanya tidak

menghubunginya sejak bertolak ke Miri.

Dalam satu kenyataan akhbar awal pagi ini, Radio Free Sarawak berkata Jaban telah "ditahan, gambar dan dokumennya difotokopi, sebelum diiringi dalam penerbangan ke Miri untuk ditangkap.

Jaban yang menggunakan nama Papa Orang Utan - berada di Sabah untuk kursus menyelam, dan pulang ke Sarawak untuk menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS