Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO a'bangsa mahu pengharaman buku dibatal
Diterbitkan:  Jun 1, 2012 1:43 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Kerajaan Malaysia patut menghormati kebebasan bersuara dan menarik bali pengharaman buku penulis kontroversi Kanada Irshad Manji Allah, Kebebasan & Cinta , desak NGO pemantau hak asasi daripada New York.

NONE "Masyarakat Malaysia mampu sepenuhnya membincangkang isu semasa tanpa kerajaan perlu memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh mereka baca," kata timbalan pengarah Human Rights Watch bahagian Asia, Elaine Pearson.

Kementerian Dalam Negeri pada 24 Mei mengharamkan Allah, Kebebasan dan Cinta dan versi bahasa Inggeris Allah, Liberty and Love kerana didakwa mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah.

Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Buku itu bagaimanapun masih boleh dimuat turun daripada laman web rasmi penulis itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS