Pelajar, termasuk perwakilan siswa Universiti Islam Antarabangsa, menyerahkan dua memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam upacara perasmian universiti itu walau kawalan keselamatan ketat.
Majlis Perwakilan Pelajar UIA dan gabungan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) lain membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mendesak tujuh pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi yang ditahan minggu lalu dibebaskan.
Mereka juga menggesa pendidikan diberikan percuma dan menghapuskan kadar empat peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Memorandum pertama yang dihantar oleh gabungan beberapa kumpulan pelajar beberapa universiti itu turut mengecam acara perasmian hari ini.
