Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suaram akan mengadakan majlis makan malam kedua 'Ops Scorpene 2.0', untuk mengumpul lebih banyak dana bagi membiayai tindakan undang-undangnya terhadap firma pembuat kapal Perancis, DCNS, di mahkamah Perancis, berhubung kontroversi kapal selam Scorpene.

NONE Majlis makan malam itu, yang akan diadakan Jumaat depan, 15 Jun, di

Pusat Sivik Petaling Jaya, adalah yang kedua dianjurkan oleh NGO tersebut. Majlis kali pertama diadakan Julai lalu, yang berjaya mengumpul kira-kira RM250,000.

Majlis kali ini, yang diumumkan oleh Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) dan Fadiah Nadwa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya kelmarin, mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000.

Ia akan menampilkan penceramah seperti peguam Perancis Joseph Breham, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parllimen PKR Batu Tian Chua, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Cynthia.

azlan "(Majlis makan malam itu) akan memberi peluang kepada rakyat biasa dan pertubuhan masyarakat sivil untuk memahami fakta berkaitan

skandal yang telah menggegarkan negara itu," demikian menurut satu kenyataan Suaram selepas pengumuman tersebut.

Suaram mengambil tindakan mahkamah terhadap DCNS yang didakwa membayar 114 juta euro sogokan kepada Perimekar Sdn Bhd berhubung urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.

[Baca berita penuh]

ADS