Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terus mengelak apabila diminta mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Beliau dipelawa berbuat demikian secara berseloroh oleh pengarah Urusan Travelex Malaysia, Tan Sri A P Arumugam dalam majlis pelancaran syarikat tersebut pagi ini.

"Saya di sini membenarkan (Najib) untuk menggunakan platfom kami pada hari ini untuk mengumumkan bila tarikh pilihan raya umum," kata Tan Sri A P Arumugam yang disambut ketawa oleh para hadirin.

Najib dalam ucapannya selepas itu bagaimanapun berkata majls tersebut bukanlah tempat yang sesuai untuk mengumumkan tarikh tersebut.

"Di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk saya membuat pengumuman tentang pilihan raya umum pada pagi ini.

"Tetapi hakikatnya, Travelex kini telah berada di Malaysia dan saya rasa ianya sebagai satu penghargaan dengan polisi yang dilaksanakannya," kata Najib.

Tarikh tersebut sehingga kini masih menjadi teka-teka, malah ada yang menyangka bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan ketika musim haji.

Jangkaan PAS itu bagaimanapun disangkal oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menyifatkannya sebagai spekulasi untuk meraih sokongan pengundi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS