Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis
Diterbitkan:  Jun 11, 2012 10:20 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membua laporan polis berhubung dakwaan penjualan dokumen maklumat keselamatan negara berkaitan pembelian kapal selam scorpene, kata Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan, Zulkifli Ibrahim.

Sehingga kenyataan dikeluar semalam, Zulkifli berkata, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Yong Peng Johor, Sik Kedah, Bayan Baru Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Sabak Bernam Selangor, Kuantan Pahang, dan Dang Wangi Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, lagi laporan polis dijangka menyusul di beberapa negeri lagi termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Katanya, SAMM merujuk kepada laporan Suaram melalui artikel yang bertajuk "French submarines diving Malaysia into deep controversy" pada 30 Mei 2012 di lamanweb rasmi pertubuhan itu.

"SAMM dalam laporan polisnya meminta siasatan telus dan profesional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," kata Zulkifli sambil menambah perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara.

ADS