Enakmen yang diluluskan di Pulau Pinang baru-baru ini untuk memulihkan pilihan raya majlis tempatan "terbatal secara automatik" kerana ia bertentangan dengan undang-undang persekutuan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Chor memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini bahawa enakmen di Pulau Pinang itu bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan, secara automatik terbatal, katanya.
Beliau menjawab soalan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) yang bertanya mengenai kemungkinan memulihkan undi ketiga, untuk membolehkan rakyat memilih wakil mereka dalam pihak berkuasa tempatan.
[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.