Beliau dengan sinis berkata, pihak penganjur seharusnya menjemputnya menghadiri acara akan datang.
"Saya sangat berbesar hati dengan anugerah yang mereka berikan kepada saya. "Mereka tidak jemput. Mereka sepatutnya jemput saya mengadakan satu acara yang lebih besar," katanya kepada sambil ketawa ketika ditemui Malaysiakini hari ini.
Beliau mengulas anugerah yang diberikan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.
Dalam majlis tersebut, Ibrahim diberikan anugerah "Menghina Kebijaksanaan" atas kenyataannya pada 7 April tahun lalu bahawa "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."
Turut memenangi anugerah pada majlis tersebut ialah Kelab Taat Suami bagi kategori "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" berhubung kenyataan pada 28 November tahun lalu yang menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah".Dua lagi pemenang anugerah dalam majlis tersebut ialah Kerajaan Terengganu untuk kategori "Dasar Gagal" dan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang Teng Hock Nam untuk kategori "Terlajak Perahu Boleh Diundur".
Menurut penganjur, anugerah yang pertama kali diadakan itu bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia."