Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menjemput beberapa tokoh yang membangunkan Felda termasuk mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai 'Himpunan Oren, Selamatkan Felda' pada 14 Julai ini.

Bahkan persatuan itu juga akan menjemput bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyertai perhimpunan tersebut.

NONE Presiden ANAK, Mazlan Aliman ( kanan, berbaju biru ) berkata surat jemputan kepada semua tokoh tersebut akan dihantar dalam masa terdekat melalui serahan tangan.

Beliau mereka menjemput Abdullah kerana beliau pernah membatalkan hasrat untuk menyenaraikan Felda Holding ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) selepas mengambil alih pemerintahan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada tahun 2004, Abdullah telah membatalkan cadangan penyenaraian. Kita memberikan penghargaan kepada Abdullah atas pendirian beliau sebagai ketua kerajaan. Kalau tidak, kita tak tahu apa akan jadi kepada Felda (waktu itu).

"Tindakan (beliau) itu sangat baik dan bertanggungjawab sebagai PM pada waktu itu untuk batalkan penyenaraian buat seketika," katanya.

'Pak Lah batalkan di peringkat akhir'

Dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mazlan berkata jemputan itu dibuat di atas "keprihatinan" Abdullah ( bawah ) membatalkan penyenaraian itu.

"Belum terlambat" juga beliau memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun azak untuk menimbangkan semula berhubung penyenaraian," kata Mazlan.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in Putrajaya Ditanya mengapa Musa dan Tengku Razaleigh dijemput, Mazlan berkata kedua-dua tokoh tersebut "berjasa" terhadap penubuhan agensi berkaitan orang Melayu seperti Felda, UDA dan MARA.

"Saya berkeyakinan mereka bersetuju dengan apa yang dilakukan. Ini bukan isu PAS, isu ANAK. Ini isu masa depan tanah orang Melayu.

"Takkan mereka nak jadi penonton sahaja, mudah-mudah sahaja tanah (orang Melayu) hendak digadai," katanya.

Mazlan yang juga pengerusi biro tanah dan Wilayah PAS berkata cadangan penyenaraian Felda Holdings itu berada di peringkat akhir sebelum dibatalkan Abdullah selepas mengambil alih tugas sebagai perdana menteri.

Mazlan berkata beliau difahamkan bekas pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Yusuf Nor juga tidak bersetuju dengan penyenarai Felda Holdings di BSKL.

Sasar 20,000 peserta

Selain itu, Mazlan berkata, mereka juga akan menjemput tokoh seperti Datuk A Samad Said, Datuk Tamrin Ghafar mewakili arwah bapanya, Tun Ghafar Baba dan bekas pengerusi Felda Raja Alias.

Selain tokoh tersebut, Mazlan berkata beberapa lagi bekas pemimpin negeri dijemput ke perhimpunan itu antaranya bekas exco dan speaker DUN Johor Datuk Zainal Abidin Zin dan bekas exco Pahang Datuk Zainal Hassan.

azlan Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS berkata dijangka lebih 100 NGO akan terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Antara yang turut dijemput ialah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), PPSMI, BERSIH, dan Anti-Lynas.

Perhimpunan yang mensasarkan 20,000 peserta itu akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan.

Peserta akan bergerak sekitar jam 2 petang selepas solat Zohor dan solat hajat, sebelum bergerak ke Istana Negara melalui Jalan Duta sejauh 3.8 kilometer.

 

ADS