Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1Malaysia" melalui karya.

Beliau berkata demikian dalam majlis bersama kartunis di Pasar Seni, Kuala Lumpur semalam. Walaupun ia dikatakan gesaan, sekiranya datang dari mulut perdana menteri, ia ditafsir sebagai arahan.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 zunar Kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah.

Kerana itu perdana menteri tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis. Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan.

Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya.

Selain itu, dengan mengajak kartunis menyokong gagasan 1Malaysia, perdana mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahan Najib, kebebasan kartunis paling teruk disekat.

Lambang rasuah

Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharamkan, semua kartunis lain yang berkarya di media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan.

Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan perdana menteri.

NONE Selain itu, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen pilihan raya akan datang.

Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau?

Mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya mereka, ia wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum.

Perpaduan kaum unjuran Najib adalah 'wayang' politik kerana beliau ke sana ke mari menjaja "Malaysia', tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Kerana itu, 1Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya lambang rasuah. Semua perasuah bernaung bawah lambang tersebut.

Kerana itu, kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran perdana menteri dan 1Malaysia, bukan menyokongnya!


NONE ZUNAR atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque adalah kartunis politik. Tujuh buku kartun beliau pernah diharamkan kerajaan. Artikel ini pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini .

ADS