Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kolej milik MCA - Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) - menafikan mengenakan kod pakaian kepada para pelajar semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Ketika dihubungi semalam, pengurus komunikasi korporat TAR, Richard Liau mengakui pihak kolej menggalakkan pelajar memakai baju-T rasmi institusi itu, yang berwarna merah, tetapi tidak melarang sesiapa memakai pakaian kuning.

Kuning adalah warna rasmi BERSIH, dan telah diterima pakai oleh banyak kumpulan anti-establishment.

NONE Sambil mengakui bahawa ada khabar angin di Facebook yang menyatakan terdapat larangan pemakaian baju-T kuning, Liau berkata itu tidak benar.

"Kami tak kata tak boleh pakai kuning. Kami hanya memberitahu pelajar bahawa perdana menteri akan datang Rabu ini (esok) dan kita mahu mereka mengambil bahagian dalam majlis sambutan," katanya.

Liau menjelaskan bahawa tujuan utama lawatan perdana menteri ialah untuk merasmikan satu majlis anjuran Agensi Inovasi Malaysia, tetapi beliau memutuskan untuk melanjutkan lawatannya.

Khabar angin mengenai larangan tersebut bermula selepas pelajar menyiarkan gambar di Facebook, yang didakwa menunjukkan persembahan slaid oleh pihak institusi tersebut (foto besar atas) di mana kod pakaian telah ditetapkan.

Menurut individu yang menyiarkan gambar tersebut, dia telah dimaklumkan oleh seorang pensyarah bahawa semua pelajar tahun pertama dimestikan memakai baju merah dan seluar untuk majlis sambutan.

Pelajar juga diminta untuk beratur di sepanjang jalan di pintu masuk utama untuk mengalu-alukan ketibaan perdana menteri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS