Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu "pameran bergerak" lukisan seksaan yang didakwa dihadapi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) singgah ke pintu pagar Parlimen di Kuala Lumpur pagi tadi.

Pameran ringkas bersama perhimpunan anti-ISA itu menampilkan kira-kira sepuluh lukisan bentuk seksaan - karya bekas tahanannya - dianjurkan oleh NGO Gerakan Mansuhkan Isa (GMI).

NONE Lukisan itu dipegang sebahagian daripada hampir 40 aktivis yang mengiringi penyerahan memorandum menuntut menteri dalam negeri bertanggungjawab terhadap mogok lapar tahanan ISA yang masuk hari kelapan.

"Gambar-gambar ini menggambarkan seksaan dihadapi tahanan ISA yang masih lagi ditahan.

"Ada yang ditendang, dipukul, dan diludah," dakwa peguam sebahagian tahanan ISA Latheefa Koya.

Turut hadir adalah bekas tahanan ISA Dr Badrol Amin Baharon yang juga merupakan pimpinan kanan PKR Selangor.

Pameran itu berakhir selepas berlangsung selama kira-kira 10 minit.

Pegawai kementerian gagal dihubungi

Ia kemudian diikuti penyerahan memorandum kepada Nain Presiden PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar - kedua-duanya bekas tahanan ISA.

Menurut anggota sekretariat GMI Ahmad Syukri Ab Razab, memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri sebagai wakil menteri namun pegawai berkenaan gagal dihubungi pagi tadi.

NONE Justeru, tambahnya, ia diserahkan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Memorandum itu menuntut antara lain agar Hishammuddin bertanggungjawab memastikan tahanan mendapat akses kepada peguam, doktor dan ahli keluarga yang melawat mereka.

Ia juga menuntut menteri menubuhkan panel bebas menyiasat laporan tentang dakwaan seksaan terhadap tahanan ISA.

Syukri turut mengumumkan GMI akan berhimpun di hadapan Kem Tahanan Kamunting pada Ahad ini jika tiada maklum balas segera dari menteri.

VIDEO l  3.43 mins

ADS