Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kontrak RM128.4 juta bagi pembekalan sistem kawalan trafik udara untuk Pusat Kawalan Trafik Udara Kebangsaan telah dianugerahkan oleh kerajaan kepada Selex Sistemi Integrati pada tahun 2009 dan bukannya kepada Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT).

Pemegang saham pengasas AAT yang juga pengarah syarikat itu,  Mohamad Munip berkata, AAT tidak pernah terlibat dalam perundingan kontrak antara Selex dan kerajaan.

Mohamad Munip mengulas laporan Malaysiakini - Ex-Minister's son in RM128m deal - yang disiarkan dalam The Malay Mail pada 22 Jun.

"Selex adalah pengeluar peralatan asal (OEM) untuk sistem asal yang telah dipasang pada tahun 1994," katanya. "Projek tersebut merupakan penaikkan taraf dan oleh itu memerlukan sistem yang sama dan OEM yang sama."

NONE "Kontrak RM128.4 juta tidak semata-mata untuk memasang sistem

kawalan trafik udara di Subang. Kontrak itu untuk kerja-kerja menaiktaraf radar dan sistem yang meliputi lapangan terbang di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

"AAT adalah salah satu vendor Malaysia yang menyokong projek ini. Peranan AAT adalah untuk menyediakan kerja-kerja pemasangan dan bantuan teknikal untuk projek tersebut. Nilai kontrak AAT adalah kira-kira RM9 juta sepanjang tempoh tiga tahun 2009-2012."

Mohamad Munip, seorang bekas jurutera tentera, mengasaskan penubuhan AAT pada tahun 1994 bersama dengan tiga jurutera yang lain. Beliau berkelulusan dari Akademi Tentera Sandhurst pada awal tahun 1960-an dan seorang jurutera yang berkelayakan bertauliah dari Institut Institute of Production Engineer, United Kingdom.

[Baca berita penuh]

ADS