Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apakah PM akan bertindak terhadap 2 MP Umno ini?
Diterbitkan:  Jun 29, 2012 9:19 AM
Dikemaskini: 8:38 AM

Walaupun Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz telah menarik balik kenyataan yang bertanya sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga patut digantung kerana menderhaka, tetapi gabungan itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memohon maaf terhadap tindakan wakil rakyat dari partinya itu.

.

Memandangkan tindak-tanduk Mohamad turut dikongsi rakannya dari Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli parlimen Lenggong, maka gabungan itu menegaskan bahawa Najib juga perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku, selaku pemimpin Umno dan parti pemerintah.

Menurut BERSIH lagi, melainkan BN sebuah parti yang sukakan keganasan, maka Najib atau whip BN sepatutnya segera mengarahkan mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada Ambiga, parlimen dan seluruh negara, dan segera mengenakan tindakan disiplin terhadap kedua-duanya.

Dalam satu kenyataan, Sekretariat BERSIH berkata, jika perdana menteri memilih untuk tidak berbuat apa-apa tentang, maka tidak ragu-ragu lagi ia akan menguatkan lagi label 'demokrasi palsu' yang diberikan kepadanya oleh akhbar Kanada, Globe and Mail.

"Dan rakyat Malaysia juga akan membuat penghakiman mereka bila tiba hari mengundi nanti," kata gabungan itu yang berkempen untuk pilihan raya yang bebas dan bersih.

[Baca berita penuh]

ADS