Peguam Afiq M Noor berkata salah seorang tahanan itu, Fadzullah Abdul Razak, memberitahunya bahawa pegawai SB mengugut melanjutkan penahanannya jika dia bercakap dengan peguam.
Fadzullah dan adiknya, yang juga ditahan bersama, pada mulanya enggan bercakap kepada Afiq dan tiga peguam lain apabila mereka bertemu di kem tahanan itu.
Bagaimanapun, Fadzullah kemudian mengubah fikirannya dan secara ringkas bercakap dengan peguam.Afiq (kanan) melawat kedua-dua lelaki itu sebagai sebahagian daripada delegasi Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) yang turut disertai peguam Edmund Bon, New Sin Yew dan Chen Yen Hui.
Mereka melawat kem Kemta untuk menyiasat laporan bahawa sembilan tahanan melancarkan mogok lapar untuk menuntut pembebasan mereka.
"Mereka kelihatan baik, tetapi letih," kata Afiq.
Setakat ini, seorang tahanan, Razali Kassan, telah menamatkan mogok lapar selepas dimasukkan ke hospital.
[Baca berita penuh]