Pemerhati pilihan raya Asean gesa SPR telus

Satu badan pemerhati pilihan raya serantau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi lebih telus dalam proses akreditasi pemantau pilihan raya.

Dalam kenyataan media mereka, Jaringan Pilihan Raya Bebas dan Adil Asean (ANFREL) berkata SPR perlu membuktikan mereka tidak berat sebelah dalam proses itu.

polling day 080308 ling hee leong observing ballot box"Untuk mengurangkan bahaya ini, apabila SPR memutuskan untuk tidak mengakreditasi kumpulan pemantau tertentu, ia perlu menyediakan proses (penjelasan) yang wajar kepada pemerhati yang tidak diberikan akreditasi itu.

"Jika SPR percaya mereka ada alasan untuk menafikan sesetengah kumpulan, ia mesti mempamerkan alasan yang kukuh dan memberikan penjelasan dan bukti, yang menyokong keputusan mereka," kata pemerhati yang beribu pejabat di Bangkok itu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.