Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika kerajaan masih cuba menangani kerugian daripada kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bencana baru mungkin berlaku di Johor, yang mungkin menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jika tiada penawar diperoleh.

Projek RM1.4 billion Asia Petroleum Hub (APH) yang disokong kerajaan itu kini dibelenggu lebihan kos dan kelewatan serta masalah lebih besar apabila CIMB Bank Bhd menarik diri selepas menyuntik RM830 juta.

Perkara itu didedahkan Muhibbah Engineering (M) Bhd, antara kontraktor utama APH, dalam kenyataannya pada Selasa lepas.

Projek yang sepatutnya siap pada 2009 itu sudah melebihi nilai asal RM1.4 bilion yang dirancang, termasuk kos faedah. Manakala RM2 bilion lagi masih diperlukan untuk menyelesaikannya, menurut laporan portal Merdeka Review .

Pada Februari, dilaporkan projek itu hanya siap kira-kira 60 peratus.

[Baca berita penuh]

ADS