Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi tidak mempercayai SPRM untuk siasat Najib

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata beliau tidak mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.

NONE Sebaliknya, kata Rafizi, beliau lebih yakin dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) polis, yang menurutnya lebih tulen, jujur dan profesional.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau .

Rafizi (kanan) menjelaskan bahawa rasa tidak selesa dengan SPRM itu berpunca daripada sikap tergesa-gesa dan pantas mereka menyoalnya selepas beliau mendedahkan dakwaan yang melibatkan perdana menteri berhubung projek LRT Ampang dua hari lalu.

Beliau juga berkata bahawa pengalaman beliau sewaktu skandal NFC juga memberinya sebab untuk kurang mempercayai SPRM berbanding dengan JSJK.

NONE Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau mendakwa perdana menteri campurtangan dalam proses perolehan Kementerian Kewangan dalam anugerah tender pembinaan projek sambungan LRT Ampang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS