Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 zunar"Saya tidak mahu anugerah atau wang. Apa yang saya mahu adalah
hak saya. Kembalikan hak saya," kata kartunis yang nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, kepada Malaysiakini.

"Di bawah pentadbiran Najib saya ditangkap, buku saya telah diharamkan dan dirampas, polis menyerbu pejabat saya dan sekatan dikenakan di atas penerbit, pengedar dan pencetak daripada mencetak dan menerbitkan buku saya.

"Kembalikan hak saya, benarkan saya untuk menerbitkan buku-buku saya dan hapuskan sekatan ke atas saya, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk hadir," tambahnya.

Zunar (atas) turut mengulas tentang apa yang dilihatnya sebagai usaha Najib untuk membuat para kartunis akur kepada kehendak kerajaan.

Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

"Saya menolaknya saya rasa ia merupakan satu cubaan untuk membeli dan menutup mulut saya," kata Zunar sambil menegaskan bahawa penaung CAW sebenarnya Sohaimi Shahadan, seorang anggota exco Putera Umno.

CAW baru-baru ini menerima geran RM5 juta daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menghasilkan kartun tempatan dan produk animasi.

[Baca berita penuh]