Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anugerah seksis tak ganggu fokus Kelab Taat Suami

Anugerah seksis yang 'diterima' Kelab Taat Suami (OWC) sewaktu Anugerah satira 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012' sedikit pun tidak melemahkan semangat kelab itu untuk terus menyebarkan mesej mereka kepada orang ramai.

Menurut wakilnya di Malaysia, Fauziah Ariffin, anugerah satira

itu tidak akan mengganggu fokus kelab itu dalam perjuangan

mereka.

"Sebab kita ada halatuju sebenar, kita bukan hendak 'provoke' orang

tapi niat kita hendak membantu sebab orang perempuan disuruh taat pada suami," katanya sewaktu ditemui di Rawang.

OWC sebelum ini 'menerima' anugerah 'Paling Kurang Membantu

Persaudaraan Wanita' daripada Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang menganjurkan 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012'.

Anugerah itu dimenangi OWC kerana ia dilapor pernah menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Menurut Fauziah,  usaha-usaha yang dijalankan OWC tidak memerlukan sebarang pengiktirafan dari manusia kerana ia dibuat untuk mendapat keredhaan Tuhan.

"Orang nak 'provoke' atau sokong, bagi kami tak jadi apa-apa sebab

kami pandang apa yang Allah suruh dan larang "Kita tak ambil (kisah) apa manusia kata," katanya.

Malah, katanya OWC tetap dihubungi isteri-isteri yang mahu memperbaiki rumah tangga mereka walau pun buku mereka sebelum ini, 'Seks Suci Islam' dilarang pengedarannya.

"Walaupun ada larangan (buku) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, orang tetap hubungi kita nak tahu (tentang OWC)," katanya.

ADS