Beng Hock: Diam yang sungguh lantang

TEATER Orang-orang teater itu cuba memberi suara kepada kematian pembantu politik Teoh Beng Hock yang dijumpai meninggal dunia dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam tiga tahun lalu.

NONEBagaimanapun, menariknya, dalam teater terbitan Rumah Anak Teater (Rat) itu, watak yang memerankan Teoh tidak bercakap sepatah pun - kesunyian yang menjadi suaranya sepanjang persembahan 45 minit itu.

Mungkin benarnya kata editor pengurusan RAT Faisal Mustaffa bahawa "orang mati tidak bercerita", maka suara itu disampaikan melalui watak lain.

"Dia bukan Teoh Beng Hock, sebab Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia. Itu bukan dia, itu lelaki daripada taman yang membayangkan (insiden itu)," jelas Faisal.

NONE'Lelaki dari taman' itu membuka pentas, muram di bangku putih selepas dibuang kerja. Orang tidak dikenali, wanita, berjalan masuk dan marah-marah.

"Kamu mungkin dibuang kerja, tetapi kamu masih bernyawa... Orang lain, Teoh Beng Hock sebaliknya hilang dari pangkuan tunang dan anak kecil yang belum lahir," kata wanita kepada lelaki itu - yang kemudiannya tenggelam dalam perwatakan 'Teoh', sekali gus memberikan 'suara' kepadanya.

[Baca ulasan penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.