Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairiah Mohamed angkat sumpah senator
Diterbitkan:  Jul 9, 2012 12:18 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan Khairiah Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Khairiah, 38, yang juga ketua bahagian khidmat nasihat perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu , merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di ibu negara, Abu Zahar mengingatkan anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS