Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tokoh Budaya Azah Aziz meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 9, 2012 6:37 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia di ibu negara hari ini.

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar.

Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar.

-Bernama

ADS