Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SMS ugut simbah asid, tiga pemimpin PKR buat laporan polis
Diterbitkan:  Jul 10, 2012 6:02 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Tiga pemimpin PKR hari ini membuat laporan polis mengenai ugutan akan disimbah asid, yang mereka terima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

    

Naib Presiden PKR N. Surendran, Ketua cabang PKR Puchong S.Morali dan setiausahanya S. Gobi Krishnan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada pukul 3 petang dengan ditemani Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar serta seorang peguam.

    

Surendran memberitahu pemberita selepas membuat laporan itu bahawa beliau percaya SMS ugutan tersebut dibuat oleh pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkannya dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS