Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zulkurnain Kamisan ketua baru Pemuda Umno Johor
Diterbitkan:  Jul 14, 2012 3:37 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dilantik Ketua Pemuda Umno Johor yang baru bagi menggantikan Mohd Fadil Muskon berkuatkuasa Isnin ini.

    

"Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,' kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

    

Beliau mengumumkan perkara itu selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.

    

"Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda BN," katanya.

    

Diada majlis itu, Khairy turut menyaksikan pelancaran sistem aplikasi pangkalan data mudah alih pengundi muda Parlimen Pulai yang dikenali sebagai I-Pulai oleh Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sistem aplikasi itu memudahkan proses penyemakan dan pencarian nama pengundi muda kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Mengambil masa selama tiga bulan untuk dibangunkan, sistem aplikasi itu mesra pengguna dan boleh diakses melalui semua jenis peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet dan telefon pintar yang mempunyai perkhidmatan jalur lebar.

    

Khairy turut melancarkan Skuad Bermotor Pemuda BN Pulai yang bertujuan menjalankan aktiviti kempen dari rumah ke rumah untuk menemui dan mendekati pengundi di kawasan parlimen itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS