Ketua Pembangkang Johor Boo Cheng Hau mencabar timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Tan Sri Muhyiddin Yassin membahaskan isu melibatkan masyarakat India setempat.
"Saya amat percaya, tidak patut wujud sebarang kepuakan apabila Umno mewakili Melayu, MIC India dan MCA pula orang Cina," katanya sambil memuji gesaan sama oleh PKR sebelum ini.
"Jika parti politik masih berdasar garis kaum, tidak akan ada perpaduan nasional yang sebenar."
Boo berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran lagu tema DAP untuk pilihan raya ke-13 di Johor Bahru pada Jumaat malam.
