Presiden MIC, Datuk G Palanivel semalam mendakwa bahawa pertikaian mengenai tanah dan perumahan yang dihadapi tujuh keluarga di kawasan Geen Cow, telah diselesaikan dalam pertemuan beliau dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob.
Palanivel dipetik oleh akhbar
The Star
hari ini sebagai berkata Adnan telah bersetuju untuk menyediakan sebidang tanah bagi setiap tujuh keluarga terlibat membina rumah mereka.
"Datuk Adnan juga memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan meneliti isu-isu kecil yang lain yang telah dibawa kepada perhatian saya semasa lawatan tersebut," katanya dipetik sebagai berkata.
Keluarga terbabit, sebahagian daripada mereka ditangkap baru-baru ini kerana menyertai bantahan berhubung masalah mereka di luar pejabat menteri besar Pahang, tinggal di atas tanah rizab jalan di sana.
Mereka mendakwa rumah mereka berada dalam bahaya kerana bongkah batu jatuh disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan oleh pihak swasta berhmpiran puncak bukit.
"Cameron Highlands adalah kawasan pilihan raya MIC dan sebagai presiden parti, adalah menjadi tugas saya juga untuk melihat masalah penduduk ditangani," kata Palanivel, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.
The Star juga melaporkan Adnan sebagai berkata bahawa beberapa isu boleh diselesaikan dalam jangka pendek, sementara yang lain memerlukan lebih banyak masa.
