Dalam tempoh 24 jam selepas itu, gambar lelaki dengan kesan darah di tempat letak kereta pusat membeli-belah 1Utama dilihat sekurang-kurangnya oleh 4,000 orang.
Pada keesokan harinya, dalam berita, lelaki itu dikenali sebagai Lim, seorang peniaga berusia 69 tahun. Pada awal bulan ini, satu lagi amaran mengenai jenayah ganas sekali lagi beredar pada rangkaian sosial atas talian.
Walaupun tidak disertakan dengan gambar-gambar ngeri, tulisan di Facebook menceritakan kisah yang menakutkan, disandarkan kepada laporan berita saluran berpangkalan di Singapura, menceritakan sindiket tikam dan rompak' mangsanya.
Maklumat di Facebook itu sehingga ke hari ini diedarkan dalam ruang siber melalui rangkaian mudah alih dan aplikasi pesanan seperti Whatsapp.
Bagaimanapun, saluran berita daripada Singapura dan pihak polis menafikan kewujudan laporan tersebut, termasuk mengatakan bahawa apa yang dipaparkan tidak benar.
Adakah pengguna media sosial, dengan niat mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencegah jenayah, menyebarkan ketakutan dan paranoia?
[Baca laporan penuh]