Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah membenarkan kan kes hasutan melibatkan Karpal Singh ditangguhkan bagi memberikan peluang kepada peguam negara menarik balik pendakwaan terhadap pemimpin DAP itu.

Berdasarkan pemansuhan Akta Hasutan 1945 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, Karpal hari ini menghantar wakil kepada pejabat peguam negara meminta kes itu ditarik balik.

NONE Peguam Jagdeep Singh Deo dalam permohonan tarikh lain untuk pendengaran kes itu memberitahu mahkamah, pihaknya mahu peguam negara mempertimbangkan perkara itu.

"Kami mahu peguam negara menggunakan kebijaksanaannya bawak Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dengan menarik balik pendakwaan itu," katanya.

Karpal didakwa bawah akta hasutan kerana berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak kerana peranannya dalam krisis undang-undang tubuh negeri pada 2009.

[Baca berita penuh]

ADS