MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) mungkin telah melanggar undang-undang sekiraya syarikat yang diluluskannya untuk program Feed-in Tariff (FiT) tidak menjalankan kajian sistem tenaga terlebih dahulu.
Kataya, beliau membangkitkan perkara itu kerana kajian seperti itu memerlukan tempoh sehingga 30 hari tetapi beberapa syarikat yang dikawal oleh anak kepada bekas ketua setiausaha negara, Suzi Suliana, telah diluluskan.
Sedangkan, syarikat berkenaan hanya ditubuhkan tiga minggu sebelum tarikh tutup permohonan berkenaan, katanya.
"Bagaimana syarikat yang berusia tiga minggu boleh siapkan kajian yang sepatutnya ambil masa 30 hari? Ianya hampir mustahil.
"Melainkan jika Seda dapat tunjukkan kepada kami kajian ini, Seda telah langar undang-undang," katanya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
