Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman fitnah: NFC diberi tempoh hingga 20 Sept

National Feedlot Corporation (NFC) diberi tempoh sehingga 20 September untuk memfailkan kenyataan fakta dan dokumen berkaitan samannya ke atas Public Bank Bhd kerana didakwa melangar Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'Hara, menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua plaintif dan defendan di dalam kamar hari ini.

O'Hara juga memberi amaran untuk menggugurkan saman berkenaan sekiranya tarikh tersebut tidak ditepati.

NFC diwakil Rajindar Singh dan Wan Shahrizal Wan Laden manakala Yoong Sin Min Poh Choon Hoe mewakili bank tersebut.

NFC memfailkan saman fitnah pada 22 Mei dan mendakwa hilang reputasi selepas dakwaan pencerobohan keselamatan yang menyebabkan maklumat sulit perbankannya didedahkan, termasuk maklumat perbankan pengerusinya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikat berkaitan.

[Baca berita penuh]

ADS