Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) menafikan dakwaan MP Petaling Jaya Utara bahawa badan itu telah melanggar undang-undang berhubung kelulusan kepada syarikat untuk program Feed-in Tariff (FiT).
Katanya, kajian sistem tenaga yang dibangkitkan Pua berhubung kelulusan berkenaan, boleh dijalankan sebelum syarikat berkenaan ditubuhkan.
Jelasnya, kajian itu tidak bergantung kepada identiti pemohon untuk Feed-in Approval (FiA)dan boleh dimulakan oleh pihak yang mempromosi kajian tersebut, sebelum satu badan bertujuan khas dibentuk untuk memohon FiA tersebut, kata pengerusi Seda Tan Sri Dr Fong Chan Onn.
Pua sebelum ini mempersoalkan sekiranya syarikat yang dikawal oleh anak kepada bekas ketua setiausaha negara, Suzi Suliana dan sekutunya telah menjalankan kajian seperti itu.
Pua berkata kajian PSS memerlukan masa sehingga 30 hari – satu syarat untuk permohonan FiA – namun lapan daripada 12 syarikat yang dikawal oleh Suzi dan sekutunya hanya ditubuhkan 21 hari sebelum permohonan tersebut.
Fong menjelaskan bahawa tempoh 30 hari itu merupakan tempoh maksimum yang diberikan kepada pemegang lesen – dalam kes ini Tenaga Nasional Bhd – untuk melengkapkan PSS.
Katanya lai, PSS boleh disiapkan dalam tempoh lebih singkat dan semula FiA diberikan oleh Seda selepas semua syarat laporan PSS dimuatkan ke sistem dalam talian e-FiT.
Beliau bagaimanapun tidak menyentuh mengenai syarikat Suzi atau sekiranya syarikat tersebut telah menjalankan PSS.
