Syarikat Berjaya Books yang memiliki rangkaian kedai buku Borders memohon untuk menggantung kesemua tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas syarikat tersebut dan juga para pekerjanya berhubung pengharaman buku Allah, Kebebasan dan Cinta .
Peguam Ang Hean Leang berkata permohonan inter-parte itu difailkan seminggu lalu dan pendengarannya ditetapkan pada Isnin depan di Mahamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Rohana Yusof.
Ang memberitahu pemberita hari ini bahawa mereka ingin mempertahankan status quo supaya tiada tindakan seterusnya diambil ke atas anak guamnya sehingga semakan undang-undang dilakukan.
Lagkah itu termasuk dakwaan ke atas pengurus kedai bukunya Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengedarkan buku tersebut di satu kedai Borders di Mid-Valley Mall.
Beliau berdepan tindakan denda RM3,000 dan dua tahun penjara sekiranya disabit kesalahan.
Pendengaran kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu telah dipercepatkan dari 19 September kepada 7 Ogos.
Nik Raina bersama pengurus besar operasi dan pembarangan Border, Stephen Fung Wye Keong serta Berjaya Books telah memfailkan semakan kehakiman pada 18 Jun untuk mencabar kesahihan tindakan ke atas mereka.
